fb fb fb fb fb

Konflik politik Iraq; Ahli Parlimen daripada blok Sadr letak jawatan

(Moqtada al-Sadr bercakap semasa sidang akhbar dengan ahli politik Iraq Ammar al-Hakim,
pemimpin Arus Hikma, di Najaf, Iraq 17 Mei 2018/REUTERS)

BAGHDAD, 13 Jun- Penggubal undang-undang Iraq daripada blok ulama Syiah, Moqtada al-Sadr meletak jawatan, langkah yang diambil untuk menamatkan konflik politik yang telah berlanjutan selama lapan bulan.

“Kami dengan berat hati menerima permintaan saudara dan saudari kami, wakil blok Sadr, untuk meletak jawatan,” kata speaker parlimen, Mohammed al-Halbussi di Twitter selepas menerima surat peletakan jawatan daripada 73 ahli parlimen.

Khamis lepas, Sadr menggesa ahli parlimen daripada bloknya, yang terbesar di parlimen supaya menyediakan surat peletakan jawatan dalam usaha, katanya, untuk memecahkan kebuntuan parlimen dan mewujudkan ruang bagi penubuhan kerajaan baharu.


(Penggubal undang-undang Iraq daripada blok ulama Syiah, Moqtada al-Sadr meletak jawatan/AFP)

"Jika kelangsungan blok Sadr menjadi penghalang kepada pembentukan kerajaan, maka semua wakil blok itu bersedia untuk meletak jawatan daripada parlimen," kata Sadr dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Parlimen Iraq bergolak sejak pilihan raya umum Oktober tahun lalu, dan rundingan sengit dalam kalangan pesaing politik gagal memperoleh majoriti bagi menyokong perdana menteri baharu sebagai pengganti Mustafa Al-Kadhemi.

Kegagalan menubuhkan kerajaan baharu dalam tempoh yang ditetapkan dalam perlembagaan, memanjangkan lagi krisis politik negara yang dilanda perang itu. -AFP

Media Baharu