THE HAGUE, 25 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan "kemajuan besar sedang dibuat" untuk mengakhiri konflik antara Israel dan Hamas di Gaza.
"Serangan AS terhadap kemudahan nuklear Iran baru-baru ini bakal membawa impak positif di Asia Barat. Saya fikir kemajuan besar sedang dibuat di Gaza berikutan serangan yang dilakukan AS. Saya yakin ini akan membawa berita yang sangat baik," katanya.
Beliau menyatakannya ketika pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di luar sidang kemuncak NATO di sini.
"Serangan AS ke atas Iran membantu tamatkan peperangan di Gaza walaupun sebelum ini kami sangat hampir untuk membuat perjanjian di Gaza," katanya.
Beliau juga dimaklumkan oleh utusan AS di Asia Barat Steve Witkoff bahawa "Gaza sangat hampir" dengan perjanjian untuk tamatkan konflik Hamas-Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, Witkoff memaklumkan bahawa AS memulakan rundingan dengan Iran mengenai satu perjanjian damai kekal.
"Rundingan itu "memberangsangkan" kerana perbincangan bukan sahaja secara langsung tetapi juga melalui perantara,” katanya.
Perjanjian yang berpotensi itu akan membenarkan Iran memiliki program nuklear untuk tujuan awam tetapi tanpa aktiviti pengayaan uranium di wilayah Iran," jelasnya.