BRUSSELS, 26 Februari - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan meningkatkan pertahanannya di lokasi-lokasi strategik sebagai tindak balas kepada serangan Rusia di Ukraine.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, gabungan itu telah mengaktifkan pelan pertahanan dan akan mengerahkan tenteranya merangkumi ketiga-tiga sayap iaitu darat, udara dan air.
Ribuan anggota tentera tambahan dan lebih 100 jet akan ditempatkan di 30 lokasi.
Mengenai situasi semasa di Ukraine beliau berkata tentera Ukraine sedang bertahan, malah berjaya menghalang tentera Rusia yang cuba meneruskan kemaraan.
"Keadaan di lapangan masih berubah-ubah. Apa yang kami lihat tentera Ukraine telah berjuang dengan penuh berani dan berupaya menentang tentera penceroboh," kata Stoltenberg selepas Sidang Tergempar Pemimpin NATO yang diadakan secara maya. -AFP