fb fb fb fb fb

Ketua kesatuan Israel gesa 'mogok besar-besaran' sebagai tanda sokongan tebusan di Gaza

Saudara-mara dan penyokong tebusan Israel mengadakan protes di luar pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis/ AFP

BAITULMAQDIS, 2 September- Kesatuan sekerja terbesar Israel,Histadrut menggesa mogok secara besar-besaran" sebagai tanda sokongan kepada tebusan di Gaza ddan menggesa perjanjian untuk memastikan pembebasan mereka selepas enam lagi diumumkan mati.

"Kita mesti menghentikan pengabaian tebusan... Saya telah membuat kesimpulan bahawa hanya campur tangan kita boleh menggoncang mereka yang perlu digoncang," kata pengerusi Histadrut, Arnon Bar-David dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Mulai esok jam enam pagi, seluruh ekonomi Israel akan melancarkan mogok sepenuhnya."

"Sebagai sebahagian daripada mogok "semua berlepas dan mendarat di lapangan terbang Ben Gurion akan berhenti dari 8:00 pagi (0500 GMT).

“Kami perlu mencapai perjanjian, perjanjian yang lebih penting daripada perkara lain. Perjanjian tidak berjalan kerana pertimbangan politik dan ini tidak boleh diterima," katanya

Terdahulu pada Ahad, tentera Israel mengumumkan telah menemui mayat enam tebusan dari terowong di Gaza, mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan keluarga tebusan.

Kira-kira 251 tebusan telah dirampas semasa serangan Hamas pada 7 Oktober yang mencetuskan perang berterusan.

Seramai 97 daripadanya kekal dalam tawanan di Gaza termasuk 33 yang dikatakan tentera telah mati.

Serangan itu mengakibatkan kematian 1,205 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 40,738 orang di Gaza yang kebanyakan adalah wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI