fb fb fb fb fb

Ketegangan semakin meruncing, Korea Utara mungkin kembali uji ICBM

SEOUL, 14 Mac- Ketegangan di Semenanjung Korea semakin meruncing, dan Pyongyang menunjukkan kemungkinan akan memulakan semula ancamannya terhadap ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Ini melanggar moratorium 2017 yang ditetapkan mereka sendiri.

Kenyataan itu dibuat ketika penasihat keselamatan negara, Suh Hoon, memberi taklimat kepada Presiden, Yoon Suk-yeol mengenai pelbagai dasar luar dan isu keselamatan.

Taklimat diberikan mengenai pergerakan Korea Utara baru-baru ini, termasuk pelancaran peluru berpandu dan krisis Ukraine.

Suk-yeol turut memberi isyarat lebih keras terhadap Pyongyang dan kekal terbuka untuk memulakan semula rundingan penghapusan nuklear yang terhenti.

Suk-yeol sebelum ini memberi amaran bahawa tekanan daripada masyarakat antarabangsa akan lebih kuat jika Korea Utara terus menembak ICBM dengan alasan pelancaran satelit.-AFP


(Gambar Fail/ AFP)

Media Baharu