SARABURI, THAILAND, 14 Mac- Lapan penumpang maut dan 30 lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas selepas pemandu didakwa tertidur ketika menggunakan dadah jenis methamphetamine.
Bas pelancong yang dikendalikan oleh syarikat pengangkutan negara itu merempuh satu penghadang konkrit sebelum melanggar tiang jambatan di daerah Saraburi.
Menurut polis, pemandu bas itu, Narinsart Hongsa, 30 tahun sedang dalam perjalanan membawa penumpang dari daerah Roi-Et ketika dia dipercayai tertidur ketika memandu.
Narinsart pada awalnya menafikan dia tertidur dan berkata salah satu mungkin meletup namun keputusan ujian didakwa menunjukkan dia tinggi kandungan methamphetamine semasa kemalangan.
Kolonel polis, Chetchai Chetsiri berkata, pemandu itu kemudiannya mengaku bahawa dia menggunakan dadah tersebut ketika memandu.
Dua tuduhan telah difailkan terhadap Narinsart.
Di tempat kejadian, blok penghadang simen berkecai sepenuhnya dengan bahagian dalam bas, tayar depan dan bahagian palang bas juga rosak.
Pemandu bas hanya mengalami kecederaan ringan di mulut dan patah gigi.
Ujian darah dan air kencing menunjukkan dia dicemari oleh dadah terlarang semasa kemalangan.
Penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Saraburi, Saohai dan Kaeng Khoi untuk rawatan.
(Keadaan bas yang merempuh tiang jambatan menyebabkan lapan maut, 30 cedera/AGENSI)