HAMBURG, 24 Mei – Suspek warganegara Jerman berusia 39 tahun yang dituduh menikam 18 orang dalam kejadian di stesen kereta api utama di sini disahkan mengalami masalah kesihatan mental.
Wanita itu didapati menunjukkan tanda-tanda yang sangat jelas mengalami gangguan psikologi, namun tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol semasa kejadian," menurut kenyataan polis.
Serangan berlaku pada waktu puncak petang Jumaat mengejutkan penduduk bandar utara itu apabila suspek bertindak menikam orang awam secara rawak.
Empat mangsa dilaporkan cedera parah, melibatkan seorang lelaki berusia 24 tahun dan tiga wanita masing-masing berusia 24, 52 dan 85 tahun.
Semua mangsa kini dilaporkan stabil.
Suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian oleh orang awam bersama anggota keselamatan dan dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Polis menolak unsur motif politik dan percaya suspek bertindak bersendirian.