fb fb fb fb fb

Kes tembak mati lima individu di Bangkok, siasatan menyeluruh dijalankan

Foto VIORY

BANGKOK, 29 Julai - Satu operasi besar-besaran polis dilancarkan di daerah Bang Sue, Bangkok pada Isnin, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pasar sehingga mengorbankan lima nyawa sebelum membunuh diri.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa empat daripada mangsa merupakan pengawal keselamatan yang dipercayai bekas rakan sekerja suspek, manakala mangsa kelima ialah seorang peniaga di pasar tersebut.

Suspek dipercayai menembak dirinya sendiri selepas kejadian.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.

Rakaman menunjukkan pasukan forensik Thailand tiba di Pasar Or Tor Kor, manakala beberapa individu dilihat membersihkan kesan darah di jalan luar premis.

“Dia lari sampai ke sini (pasar) dan mula menembak. Pengawal keselamatan suruh kami lari, tapi dia ditembak berkali-kali. Dia sempat beri amaran kepada kami sebelum ditembak.

“Mereka semua berlari ke sana, kemudian lelaki bersenjata itu mengejar dan terus menembak. Bila mangsa jatuh, dia terus tembak lagi,” kata seorang saksi. –VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM