fb fb fb fb fb

Kes COVID-19 di Jakarta meningkat sehingga 40 peratus namun terkawal

FOTO AVN

JAKARTA, 8 Disember- Jakarta telah menyaksikan peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan pada minggu lalu.

Kes yang dilaporkan mencatatkan peningkatan sehingga 40 peratus dengan pesakit mengalami gejala ringan.

Ketua Bahagian Pengawasan, Epidemiologi dan Imunisasi Jakarta, Ngabila Salama berkata, jumlah kes positif COVID-19 di Jakarta meningkat 30 hingga 40 peratus dalam tempoh 27 November hingga 3 Disember.

Beliau berkata, di sebalik peningkatan jumlah penyakit di bandar itu, kadar yang dimasukkan ke hospital (BOR) di Jakarta tidak meningkat setakat ini.

Katanya, bagi meminimumkan risiko penyakit serius, orang ramai digesa meneruskan vaksinasi COVID-19 sehingga Disember tahun ini.

"Kerajaan menyediakan vaksin INAVAC COVID-19 secara percuma,"katanya.-AVN

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE