GAZA, 8 Disember - Penyajak Palestin, Refaat Alareer yang merupakan salah seorang penulis generasi muda negara berkenaan terbunuh dalam serangan Israel pada malam Khamis.
Sepanjang hayatnya, Refaat bertugas sebagai profesor Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Gaza.
Di Universiti berkenaan, allahyarham turut mengajar karya-karya Shakespeare selain menjadi pengasas kepada sebuah projek ""We are not numbers" yang menghimpunkan penulis-penulis Gaza bersama Mentor di sebarang laut yang membantu mereka menulis karya di dalam bahasa Inggeris berkaitan pengalaman dan kesengsaraan kehidupan di Gaza.
Projek berkenaan berjaya melahirkan sebuah buku yang disunting bertajuk "Gaza Writes Back".
Sebelum meninggal dunia, Refaat berjaya menerbitkan puisi di X bertajuk 'Sekiranya saya harus mati' yang telah dikongsi ratusan kali.
Sementara itu, rata-rata rakan dan penyair memberi penghormatan kepada allahyarham di X.
"Hati saya hancur, sahabat dan teman, Refaat Alareer terbunuh bersama ahli keluarga beberapa minit lalu", tulis rakannya, yang juga penyair Gaza, Mosab Abu Toha di Facebook.
"Sukar dipercayai. kami berdua sangat gemar memetik strawberi bersama-sama.
Dalam perkara berkaitan, rakan baik Refaat, Ahmed Alnaouq menyifatkan pembunuhan penyair berkenaan sebagai kehilangan besar buat dunia sastera Asia Barat.
"Pembunuhan Refaat sesuatu yang tragik dan merupakan kehilangan besar", tulis Alnaouq di X.
Laman hab Kesusateraan turut memberikan penghormatan, selain wartawan, Ramzy Baroud yang turut menulis di X memberikan penghormatan buatnya.
"Damailah di sana. Kami akan sentiasa dipandu dengan kebijaksanaan anda sampai bila-bila", tulis Ramzy.-AFP