fb fb fb fb fb

Pakar kesihatan di Karachi suara kebimbangan ekoran pencemaran udara teruk

FOTO REUTERS

KARACHI, 8 Disember - Bandar terbesar di Pakistan, Karachi terus bergelut dengan pencemaran asap toksik yang menimbulkan kebimbangan doktor mengenai kesan terhadap kesihatan rakyat negara itu.

Bandar berada dikedudukan keempat dalam senarai bandar paling tercemar di dunia dengan indeks kualiti udara 180 sekitar 12:30 tengah hari, waktu tempatan (0730 GMT) menurut kumpulan Switzerland IQAir, yang mengkategorikan kualiti udara sebagai tidak sihat.

AQI antara 101 dan 200 dianggap tidak sihat, terutamanya bagi golongan berisiko dan sensitif manakala AQI antara 201 dan 300 dikategori sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Asap pencemaran berlaku di beberapa bandar Pakistan termasuk Karachi dan Lahore setiap tahun menjelang musim sejuk, apabila udara sejuk memerangkap bahan pencemar daripada sumber termasuk kenderaan, industri, habuk pembinaan, dan pembakaran sisa pertanian.

“Terdapat banyak asap di Karachi hari ini. Kerana ini (asap) pesakit mengalami pelbagai jenis alahan. Kami menerima kanak-kanak yang sakit, orang tua dan orang muda tetapi tahap keterukan (penyakit) berbeza-beza bagi setiap orang.” kata Doktor Hospital Memon Kutiyana, Shah Rukh. - REUTERS

TETITIA YUSOFF