fb fb fb fb fb

Belon cuaca China dikesan di Selat Taiwan

FOTO REUTERS

TAIPEI, 8 Disember- Kementerian Pertahanan Taiwan pada Jumaat berkata belon cuaca China telah menyeberangi Selat negara berkenaan serta telah melintasi garis tengah pada Khamis.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira sebulan sebelum berlangsungnya pilihan raya Presiden negara.

Negara pulau berkenaan dijangka mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada 13 Januari 2024.

"Pemahaman kami, ia merupakan belon amaran", kata Menteri Pertahanan, Chiu Kuo-cheng kepada pemberita di Parlimen.

Kementerian pertahanan turut berkata belon itu dikesan 101 batu nautika (187 km) barat daya bandar Keelung di utara Taiwan, dan bergerak ke arah timur selama kira-kira sejam sebelum hilang.

Taiwan yang dianggap China sebagai salah satu daripada wilayahnya, seringkali menuduh negara 'Tembok Besar' itu sengaja menggunakan kuasa ketenteraan dan ekonomi bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Sementara itu, China telah meningkatkan tekanan ketenteraannya terhadap Taiwan sejak empat tahun lalu, termasuk mengadakan dua latihan ketenteraan di sekitar pulau itu tahun lalu.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD