fb fb fb fb fb

Kemalangan pesawat kargo DHL di Lithuania, tiada elemen sabotaj

Foto Reuters

VILNIUS, 27 November- Lithuania mengesahkan tiada bukti bahawa kemalangan pesawat kargo DHL di Vilnius pada Isnin berpunca daripada sabotaj, sebaliknya punca utama berkait masalah teknikal.

Pegawai pada Rabu, pesawat tersebut terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Vilnius, menyebabkan seorang maut.

Menteri luar Jerman menyatakan insiden itu mungkin kemalangan atau serangan hibrid dalam keadaan tidak stabil.

"Kami tidak menemui sebarang tanda bahawa insiden ini berpunca daripada sabotaj," kata Menteri Pertahanan Lithuania, Laurynas Kasciunas.

Analisis visual menunjukkan tiada kesan luaran pada pesawat dan kru yang terselamat melaporkan tiada kekecohan, asap atau bau mencurigakan sebelum nahas.

Ketua Pusat Pengurusan Krisis Nasional Lithuania, Vilmantas Vitkauskas berkata penyiasatan menjurus kepada masalah teknikal.

"Jika terdapat data baharu, kami mungkin menukar arah siasatan, tetapi buat masa ini tiada maklumat tambahan," tambahnya.

Sistem lapangan terbang yang digunakan untuk membimbing pesawat didapati berfungsi normal dan pesawat itu tidak menggunakan GPS semasa mendarat, menjadikan gangguan isyarat tidak mungkin memberi kesan.- REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN