fb fb fb fb fb

Keluasan tasik Poyang di China semakin mengecil

(FOTO AFP)

SHANGHAI, 24 Ogos - Kemarau yang melanda wilayah Jianxi telah mengakibatkan keluasan tasik terbesar di negara itu, semakin mengecil.

Imej satelit yang dikeluarkan mendapati keluasan tasik yang digelar 'buah pinggang' China itu menyusut sebanyak 67 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Tasik Poyang yang merupakan kawasan tadahan air penting di wilayah itu merekodkan keluasan 4,000 kilometer persegi pada April dan berkurangan kepada 600 kilometer persegi, ketika ini.

(FOTO AFP)

Sementara itu, balai cerap China pada Selasa memperbaharui amaran merah untuk suhu tinggi, amaran paling teruk dalam sistem amaran empat peringkatnya, ketika gelombang haba berterusan di kebanyakan wilayahnya.

Pada waktu siang hari Selasa, bahagian Gansu, Shaanxi, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Hubei, Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian, Sichuan, Chongqing, Guizhou, Guangdong dan Guangxi dijangka mengalami suhu tinggi 35 hingga 39 darjah Celsius, menurut Pusat Meteorologi Negara, lapor Xinhua.

Suhu di Shaanxi, Sichuan, Chongqing, Hunan, Jiangxi, Zhejiang dan Fujian mungkin melebihi 40 darjah Celsius, kata pusat meteorologi itu.

China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna empat peringkat, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti dengan oren, kuning dan biru.

Pusat Meteorologi Negara turut memaklumkan, suhu panas dijangka berakhir, dua bulan lagi.-REUTERS

Media Baharu