SYDNEY, 22 April – Bekas pemain pasukan kriket Australia, Michael Slater dijatuhi hukuman penjara gantung selama empat tahun selepas mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan berkaitan keganasan rumah tangga.
Menurut laporan media tempatan, Slater, 55 tahun, dibebaskan lebih awal selepas Mahkamah membenarkan pelepasan bersyarat, setelah menjalani tempoh tahanan lebih setahun sementara menunggu kes didengar.
Bagaimanapun, beliau boleh dipenjarakan semula untuk menjalani baki penuh hukuman sekiranya melakukan kesalahan serius lain dalam tempoh lima tahun akan datang.
Slater mengaku bersalah atas pertuduhan termasuk menghendap dan mencederakan mangsa.
Perbicaraan sebelum ini dimaklumkan bahawa Slater, yang pernah bertugas sebagai pengulas sukan televisyen berprofil tinggi selepas bersara, mengalami masalah kesihatan mental yang boleh mencetuskan tingkah laku "impulsif dan melulu".
Sepanjang karier antarabangsa dari tahun 1993 hingga 2001, Slater mewakili Australia dalam 74 perlawanan trial, menjaringkan lebih 5,000 larian termasuk 14 century.
Beliau turut beraksi dalam 42 perlawanan satu hari sebelum bersara daripada arena kriket pada tahun 2004.