fb fb fb fb fb

Saham Hino Motors Jepun melonjak, selepas laporan penggabungan trak

Model SUV baharu "Fronx" oleh pembuat kereta Jepun Suzuki/ AFP

TOKYO, 22 April- Saham dalam unit pembuat trak Toyota Hino Motors melonjak selepas laporan mememaklumkan ia menghampiri perjanjian penggabungan dengan anak syarikat Jepun Daimler Jerman.

Saham Hino memperoleh sebanyak 9.3 peratus dalam dagangan pagi selepas akhbar perniagaan The Nikkei memaklumkan firma itu dalam usaha untuk memuktamadkan perjanjian paling awal pada Mei dengan Mitsubishi Fuso Truck and Bus.

Nikkei berkata syarikat itu mahu kekal berdaya saing susulan bakal berdepan dengan tarif Amerika Syarikat (AS) selain saingan baharu dari China.

Hino Motors dalam satu kenyataan memaklumkan ia telah mengumumkan pada 2023 bahawa kedua-dua firma itu sedang mempertimbangkan "integrasi perniagaan".

"Tetapi tiada apa yang diputuskan buat masa ini mengenai perjanjian akhir, masa penyenaraian syarikat induk, nisbah pelaburan dan nisbah hak mengundi," menurut kenyataan itu..

Saham Mitsubishi Fuso Truck and Bus tidak didagangkan secara terbuka, mengulangi kenyataan itu.

"Kami akan segera mengumumkan sebarang fakta yang perlu diumumkan secara terbuka sebaik sahaja ia ditentukan," kata seorang jurucakap kepada AFP.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI