fb fb fb fb fb

Keganasan di Port-au-Prince, penduduk cuba melarikan diri

HAITI, 4 Mac - Kejadian tembakan oleh sekumpulan pengganas akibat pertikaian wilayah sejak 27 Februari lalu telah menakutkan penduduk di Port-au-Prince.

Pada Jumaat video Reuters menunjukkan orang awam tertekan dan cuba melarikan diri dari kawasan berlakunya keganasan itu.

Di daerah Bel-Air, beberapa keluarga telahpun meninggalkan kediaman masing-massing.

Seorang penduduk tempatan yang tidak dikenali memberitahu Reuters, dia terpaksa tidur di jalanan untuk kekal selamat dan dia tidak pasti sama ada dia boleh pulang ke rumahnya atau tidak.

(FOTO REUTERS)

Media tempatan melaporkan, terdapat mangsa yang maut dan cedera.

Buat masa ini tiada sebarang tindakan daripada kerajaan terhadap keganasan itu.

Media Baharu