BAITULMAQDIS, 18 Jun- Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis akan ditutup sementara berikutan situasi keselamatan di rantau tersebut.
Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Negara AS pada Selasa, dengan penutupan bermula hari ini hingga 20 Jun.
"Memandangkan situasi keselamatan semasa dan bagi mematuhi arahan daripada Komando Barisan Hadapan Israel, Kedutaan AS di Baitulmaqdis akan ditutup.
"Penutupan ini turut melibatkan bahagian Konsular di Baitulmaqdis dan Tel Aviv," menurut kenyataan yang dikongsi di platform X. – REUTERS