fb fb fb fb fb

Kebakaran wad geriatrik di Jerman ragut tiga nyawa, 34 cedera

Kerosakan akibat kebakaran di Hospital Marienkrankenhaus ragut tiga nyawa/AFP

HAMBURG, 1 Jun- Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 34 lagi cedera dalam satu insiden kebakaran yang berlaku di sebuah bilik wad geriatrik di sebuah hospital di Hamburg, Jerman, awal pagi Ahad.

Jurucakap perkhidmatan bomba tempatan, Lorenz Hartmann berkata kebakaran di Hospital Marienkrankenhaus itu hampir merebak ke tingkat pertama sebelum berjaya dikawal.

"Beberapa pesakit warga emas yang mempunyai masalah mobiliti terpaksa dipindahkan melalui koridor," katanya.

Tambahnya, anggota bomba berjaya mengawal api sebelum ia merebak ke bilik-bilik pesakit lain.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan, setakat ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM