fb fb fb fb fb

Kebakaran: Lebih 5,000 orang melarikan diri di California

FOTO AFP

LOS ANGELES, 1 November- Kira-kira 5,700 orang melarikan diri susulan api yang sedang merebak di selatan California, Amerika Syarikat ketika angin kencang semakin menyemarakkan kebakaran.

Kebakaran yang bermula di kawasan tanah tinggi di luar bandar tenggara sini dilapor telah merebak sehingga ke lebuh raya dan memusnahkan tiga buah bangunan serta sekurang-kurangnya enam bangunan rosak.

Lebih 300 anggota bomba sedang memadamkan kebakaran yang turut dibantu oleh pesawat.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam boleh berlaku pada siang hari, sekali gus menjadi menyukarkan operasi mengawal kebakaran. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA