fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan: Dua maut, hampir 1,000 dipindahkan di Kanada

Foto REUTERS

MANITOBA, 15 Mei– Sekurang-kurangnya dua maut manakala hampir 1,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran hutan yang melanda wilayah Manitoba, Kanada, pada Rabu.

Polis Persekutuan Kanada mengesahkan kedua-dua mangsa terkorban di kawasan Lac du Bonnet yang terjejas teruk akibat cuaca panas, kering dan berangin, antara faktor utama menyumbang kepada kebakaran.

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran bahawa insiden itu berkemungkinan menandakan permulaan musim kebakaran yang serius tahun ini.

Terdahulu, tular rakaman video suasana cemas apabila api marak membakar hutan, dengan asap tebal dan api menjulang, dirakam seorang saksi daripada dalam kenderaan.– REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM