fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Yunnan merebak akibat angin kencang

YUNNAN, 16 April- Anggota bomba meneruskan usaha memadam kebakaran hutan di Yulong Naxi di Bandar Lijiang, barat daya China.

Api marak di kawasan timur, barat dan utara dapat dikawal setakat pukul 6:30 petang tadi.

Kebakaran berlaku di Bandar Tacheng pada petang Selasa dan semakin merebak akibat tiupan angin kencang.

(Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman di kawasan
hutan yang terbakar / Foto REUTERS) 

Kepulan asap tebal masih kelihatan pada waktu tertentu dan usaha bersepadu sedang dilakukan di bahagian barat daya untuk memadamkan kebakaran.

Enam helikopter digunakan dalam misi tersebut.-REUTERS

Media Baharu