fb fb fb fb fb

China-Brazil, sedia buka lembaran kerjasama era baharu

FOTO AFP

BEIJING, 16 April- Lawatan negara Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva ke China akan meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Kedua-dua ketua negara itu melakarkan hala tuju kerjasama dua hala pada masa hadapan dalam mewujudkan prospek baharu.

Lawatan itu juga adalah sebagai simbolik meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan perkongsian strategik China-Brazil selain kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada 2024.

Lawatan negara Presiden Lula ke China pada 12-15 April telah menarik perhatian besar masyarakat antarabangsa dan telah dianggap sebagai satu kejayaan yang lengkap.

Ia berikutan pertemuan yang membuahkan hasil antara pemimpin dan kedua-dua pihak telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk memperdalam perkongsian strategik komprehensif mereka.

Semasa lawatan Lula, Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa China bersedia bekerjasama dengan Brazil untuk mencipta masa depan baharu bagi hubungan China-Brazil dalam era baharu.

Kepercayaan politik bersama telah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi, berdasarkan hubungan China-Brazil yang lebih kukuh dalam era baharu.

Menurut kenyataan bersama itu, China dan Brazil menandatangani dan mencapai beberapa siri perjanjian dan memorandum persefahaman, meliputi bidang seperti pengurangan kemiskinan, memerangi kelaparan, keselamatan makanan, inovasi sains sains, aeroangkasa, maklumat dan komunikasi, pelaburan, pemeriksaan kastam dan kuarantin, kewangan, ekonomi digital, kemudahan perdagangan, pengeluaran televisyen dan media.


(FOTO AFP)

Hubungan China-Brazil dijangka memainkan peranan teladan bagi negara membangun untuk memecahkan monopoli teknikal negara maju.

"Tiada siapa boleh menghalang Brazil daripada membangunkan hubungannya dengan China," jelas Lula dalam lawatannya ke China tempoh hari.

Media Baharu