fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Washington ancam kediaman dan ladang 

WASHINGTON, 23 Julai - Kebakaran hutan semakin merebak memaksa penduduk mengosongkan kediaman masing-maisng di Klickitat County selatan Washington.

Lebih 30,000 ekar hutan terbakar dalam masa kurang 24 jam.

Kebakaran Hutan di Newell Road memusnahkan beberapa struktur kawasan itu, yang membawa kerosakan rumah, ladang, tanaman dan ternakan, ladang solar dan angin serta saluran paip gas, kata pegawai kecemasan daerah.

Anggota bomba berjaya memadamkan api di utara Sungai Columbia, sempadan negeri dengan Oregon.

Punca kebakaran masih disiasat dan dan tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu