fb fb fb fb fb

Lepas air tercemar nuklear, import produk makanan laut Jepun menjunam

(FOTO REUTERS)

KOREA SELATAN, 23 Julai - Import produk makanan laut Korea Selatan dari Jepun menjunam sebanyak 34.7 peratus susulan tindakan pelepasan air tercemar nuklear Fukushima.

Data yang dikeluarkan pihak Kastam Korea Selatan pada 17 Julai menunjukkan jumlah import ikan dan kerang pada Jun jatuh sebanyak 21.7 peratus.

Penurunan import berlaku ketika kerajaan Korea Selatan dan orang ramai terus menyuarakan kebimbangan mengenai rancangan Jepun untuk melepaskan air tercemar nuklear ke Lautan Pasifik yang dijangka berlaku lewat musim panas ini.

(FOTO REUTERS)

Di Sokcho, sebuah bandar di Wilayah Gangwon, banyak kedai makanan laut sunyi dengan ramai peniaga mengeluh perniagaan yang lembap.

Korea Selatan telah mengharamkan semua import makanan laut dari lapan wilayah Jepun berhampiran Fukushima sejak 2013.

Ini susulan kebimbangan terhadap tahap radiasi.

Pada 2021, Jepun memutuskan untuk melepaskan air ke Lautan Pasifik dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Mereka turut menegaskan air itu selamat untuk dilepaskan walaupun terdapat bantahan negara jiran termasuk China.-REUTERS

Media Baharu