fb fb fb fb fb

Kebakaran Chinatown, ragut 11 nyawa

Foto hiasan/ REUTERS

MANILA, 2 Ogos- Kebakaran melanda sebuah bangunan di Chinatown di ibu negara Filipina pada Jumaat, mengorbankan 11 individu, kata pihak berkuasa.

Kru dari 14 trak bomba mengambil masa dua jam untuk mengawal kebakaran di daerah Binondo Manila, kata pihak bomba dalam laporan awal.

Anggota penyelamat kemudian menemukan 11 mayat di dalam bangunan lima tingkat itu, tambahnya.

Punca kebakaran dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.

Menurut wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian, kenderaan untuk membawa mayat berada di jalan.

Bangunan itu menempatkan kedai dan unit kediaman.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI