fb fb fb fb fb

Bulan Julai rekod suhu paling panas di Jepun

Takatoshi Kimura, pegawai wad Katsushika yang bertanggungjawab mengubah suai bilik darjah di Sekolah Rendah Seiwa di Tokyo/ AFP

TOKYO, 2 Ogos- Jepun merekodkan suhu paling panas pada Julai, sejak 126 tahun lalu, kata agensi cuaca.

Bagaimanapun gelombang haba melampau didorong perubahan iklim dunia. 

Suhu di negara itu adalah 2.16 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata, ia memecahkan rekod tahun lepas bagi tempoh sama iaitu 1.91 darjah Celsius melebihi purata.

"Ia adalah yang tertinggi sejak statistik yang direkodkan pada 1898," kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis. Angka itu "jauh lebih tinggi" di seluruh negara.

Daripada 153 pos pemerhatian di seluruh Jepun, 62 kawasan memecah rekod suhu purata pada Julai.

Faktor penyumbang termasuk sistem tekanan tinggi di Pasifik dan "udara panas dari selatan" yang menyelubungi bahagian utara kepulauan itu, kata JMA. 

Menurut agensi pengurusan bencana, sejak April, strok haba telah membunuh 59 individu di negara matahari terbit itu.

Payung menjadi pemandangan biasa di sekitar Tokyo bagi mengelakkan daripada terdedah kepada cahay matahari. 

"Selepas menghabiskan dua jam berdiri di sini, saya berpeluh sehingga saya boleh memerah semuanya keluar dari baju saya. Saya basah kuyup," kata Jiro Kan, 56 tahun kepada AFP.

"Pelancong dari Amerika Syarikat yang biasa dengan jenis haba yang lebih kering mendapati kanya sedikit mencabar," katanya di kawasan tumpuan pelancong Asakusa.

Pada Jun, Shizuoka di barat Tokyo menjadi wilayah Jepun pertama yang menyaksikan suhu mencapai 40 darjah Celsius (104 Fahrenheit). Ia jauh melepasi ambang 35 darjah yang dianggap "sangat panas" oleh pihak berkuasa.

Ketika ini gelombang haba menjadi semakin biasa di seluruh dunia, dengan pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) mengatakan pada Julai bahawa Bumi mengalami bulan paling panas dalam sejarah.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI