MADRID, 17 Julai – Puluhan penduduk di kawasan Mentrida dan Calypo Fado terpaksa dipindahkan susulan kebakaran belukar besar yang melanda wilayah Toledo, Sepanyol.
Pihak berkuasa memaklumkan, lebih 2,500 hektar kawasan padang rumput dan agrohutan turut terjejas dalam kebakaran yang semakin merebak.
Rakaman operasi memadam kebakaran yang dikongsi pasukan keselamatan Guardia Civil hari ini menunjukkan pasukan bomba bertungkus-lumus mengawal api yang marak.
Dalam pada itu, pesawat pemadam api dilihat mengambil air dari takungan San Juan di San Martin de Valdeiglesias, Madrid, sebagai sebahagian daripada usaha memadam kebakaran.
Agensi berita Reuters turut mengesahkan ketulenan rakaman menerusi semakan lokasi geografi dan metadata asal fail video berkenaan.-REUTERS