fb fb fb fb fb

Kebakaran bangunan kediaman, 16 terkorban di Dubai

FOTO REUTERS

DUBAI, 16 April- 16 terkorban dan sembilan cedera dalam satu insiden kebakaran sebuah bangunan kediaman di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kebakaran berlaku pada tengah hari Sabtu, di tingkat empat bangunan di kawasan kejiranan Al-Ras, kawasan lama bandar itu.

Pasukan pertahanan awam berkata siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada kekurangan pematuhan terhadap keperluan keselamatan dan keselamatan bangunan.

Menuru pejabat media kerajaan dalam satu kenyataan, pasukan pemadam kebakaran tiba di lokasi dalam tempoh enam minit selepas dimaklumkan.

Dubai, salah satu daripada tujuh emiriah di UAE, mempunyai penduduk sekitar 3.3 juta, di mana hampir 90 peratus adalah warga asing.

Kerakyatan mangsa yang terbabit dalam kebakaran masih belum didedahkan.

Bandar tersebut pernah mengalami kebakaran yang dahsyat, menyebabkan kerosakan yang besar dan angka korban yang sedikit.

Pada 2017, pihak berkuasa mengumumkan penggunaan peraturan bangunan yang lebih ketat untuk meminimumkan risiko berlaku kebakaran yang dikaitkan terutamanya dengan bahan mudah terbakar yang diguna dalam pelapisan luar bangunan.- AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu