fb fb fb fb fb

Anggota tentera Indonesia maut dalam pertempuran di wilayah Papua

JAKARTA, 16 April- Seorang anggota Tentera Indonesia terbunuh dalam pertempuran dengan puak pemisah di wilayah Papua.

Jurucakap tentera, Julius Widjojono berkata, insiden tembak-menembak berlaku ketika tentera sedang menyisir di kawasan dipercayai menjadi lokasi penahanan seorang juruterbang dari New Zealand.

"Keadaan cuaca menjadi penghalang terbesar kepada operasi menyelamatkan juruterbang yang diculik oleh pemberontak pada Februari lalu," katanya pada sidang media di sini.

(Julius Widjojono, Jurucakap tentera / Foto REUTERS)

Terdahulu, jurucakap Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB) berkata, mereka telah membunuh sembilan anggota tentera selepas Jakarta tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk rundingan.

Pertempuran untuk kemerdekaan daripada Indonesia telah berterusan selama beberapa dekad di wilayah Papua yang terpencil dan kaya dengan sumber.

Penganalisis berkata, konflik antara pemberontak bersenjata dan pasukan keselamatan telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.-REUTERS

Media Baharu