fb fb fb fb fb

Bekas ahli parlimen India ditembak mati ketika siaran langsung

BANDA, 16 April- Bekas ahli parlimen India yang disabitkan dengan kes penculikan, ditembak mati bersama abangnya.

Kejadian berlaku ketika polis mengiringi mereka untuk pemeriksaan kesihatan.

Insiden yang disiar secara langsung pada Sabtu itu menunjukkan Atiq Ahmed dan abangnya, Ashraf Ahmed sedang bercakap dengan media sebelum seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah meraka.

(Atiq Ahmed dan abangnya Ashraf Ahmed ditembak ketika sedang bercakap dengan media
semasa dibawa untuk pemeriksaan kesihatan / Foto REUTERS)

Seorang pegawai polis memaklumkan, kedua-dua mangsa yang didakwa sebagai 'raja' dalam sebuah pertubuhan jenayah tempatan maut di tempat kejadian.

Laporan media menyatakan, penyerang telah menyamar sebagai wartawan dan salah seorang daripada mereka telah menyerah diri serta-merta selepas tembakan.

Manakala polis terpaksa bergelut untuk menangkap dua lagi suspek dalam kejadian itu.

Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan dilakukan ke atas pembunuhan berkenaan.

Susulan kejadian tersebut, perhimpunan lebih daripada empat orang tidak dibenarkan di seluruh negara.-REUTERS

Media Baharu