fb fb fb fb fb

Lima mayat, serpihan ditemukan dalam SAR helikopter Jepun

FOTO AFP

TOKYO, 16 April- Lima mayat tentera Jepun yang hilang pada 6 April lalu berjaya ditemukan hari ini, selain serpihan helikopter yang musnah.

Menurut seorang jurucakap tentera, mayat-mayat itu ditemukan pada operasi pencarian di laut dalam, dibantu aset kapal selam.

Pasukan Pertahanan DIri Darat (GSDF) dalam kenyataan memaklumkan 10 kru yang terbabit dalam kemalangan udara itu, ketika misi peninjauan.

Mereka adalah dua juruterbang, dua mekanik dan enam anak kapal berada di atas pesawat UH-60JA, termasuk seorang jeneral GSDF dari bahagian ke-8.

"Serpihan yang baru ditemukan disahkan milik aset udara yang hilang, bagaimanapun belum ada butiran lanjut berhubung identiti mayat yang ditemukan.

“Masih ada lima lagi yang belum ditemui. Jadi, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” kata jurucakap itu kepada AFP.

Pasukan penyelamat dan pengawal pantai telah menemukan beberapa serpihan yang kelihatan dari helikopter termasuk pintu, bilah patah dan rakit penyelamat berwarna kuning yang masih dibungkus di dalam beg.

Tidak ada petunjuk jelas mengenai punca kemalangan terjadi.


(FOTO AFP)

Jepun sebelum ini dilaporkan pernah mengalami tragedi kemalangan udara melibatkan aset ketenteraan, namun tidak terlalu kerap.

Pada Januari 2022, sebuah jet pejuang Jepun terhempas di perairan wilayah tengah Ishikawa, membunuh dua juruterbang di dalamnya.

Pada 2019, sebuah jet F-35A terhempas ke dalam laut selepas berlepas dari timur laut Jepun dalam misi latihan.- AFP

Media Baharu