(Foto AFP)
SYDNEY, 26 Mei- Dua remaja berusia 13 tahun menyerah diri selepas kebakaran memusnahkan sebuah bangunan tujuh tingkat di tengah Sydney.
Penolong Pesuruhjaya Polis, Paul Dunstan berkata kedua-dua remaja itu menyerah diri di dua balai polis berasingan, lewat malam tadi.
"Dua remaja menyerah diri di dua balai polis berasingan pada lewat malam tadi. Mereka kini membantu polis dengan siasatan kami," katanya.
Petang semalam, kebakaran besar berlaku di bekas bangunan kilang topi di Randle Street. Kejadian turut menyebabkan bangunan itu runtuh.
Api merebak ke beberapa bangunan berdekatan termasuk pangsapuri. Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan.-AFP
(Pemandangan udara bangunan yang musnah dalam kebakaran di tengah Sydney/Foto AFP)