(Foto Reuters)
TOKYO, 26 Mei- Jepun pada Jumaat memberitahu, akan mengenakan sekatan tambahan ke atas Rusia.
Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno berkata keputusan itu dibuat selepas sidang kemuncak G7 di Hiroshima minggu lalu.
Jelas Matsuno, pemimpin G7 termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis bersetuju meningkatkan sekatan ke atas Moscow sebagai hukuman menceroboh Ukraine.
(Hirokazu Matsuno/Foto Reuters)
Dalam tindakan yang diselaraskan dengan G7, Tokyo akan membekukan aset 78 kumpulan dan 17 individu di Rusia, termasuk pegawai tentera.
Selain mengharamkan eksport kepada 80 entiti Rusia seperti makmal penyelidikan yang berkaitan dengan tentera.
Jepun juga akan melarang menyediakan perkhidmatan pembinaan dan kejuruteraan kepada Rusia, walaupun butiran langkah itu akan diumumkan kemudian, menurut kenyataan kementerian perdagangan.-REUTERS