fb fb fb fb fb

Kawasan tanaman China dilanda banjir

BEIJING, 4 Ogos- Hujan lebat melanda kawasan pengeluar bijirin terbesar di China menenggelamkan ladang dan memburukkan keadaan banjir di seluruh negara itu. Pekerja keselamatan melakukan kerja-kerja pembersihan yang disebabkan oleh Taufan Doksuri.

Timur Laut Heilongjiang, dikenali sebagai kawasan "Jelapang utara besar" China. Ia merupakan kawasan terbaharu yang dilanda taufan itu. Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal seminggu lalu .

Di Heilongjiang, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk dan menjangkakan cuaca akan menjadi lebih teruk, termasuk puting beliung. Amaran banjir dinaikkan dua kali sejak malam Khamis. Ia berikutan sesetengah kawasan boleh menerima hujan lebih daripada 100 milimeter (mm) dalam beberapa jam, tambah mereka.

Wilayah Harbin yang dinaiki air turut menyebabkan dua kenderaan terjunam ke dalam lubang di lebuh raya berhampiran sungai yang mula melimpah, lapor media tempatan. Sawah padi turut ditenggelami air, dan penduduk kampung di kawasan rendah diminta berpindah, lapor media tempatan.

Ribut dan banjir yang melanda menyebabkan pemotongan bekalan elektrik di bandar Shangzhi.

Menurut laporan media, pasar raya juga kehabisan bekalan makanan. Seorang penduduk di Shangzhi yang ditemui media berkata, "saya hanya berjaya mendapatkan beberapa botol air mineral dan dua kotak mi segera," selepas amaran ribut dikeluarkan.

Media kerajaan melaporkan, di wilayah Jilin (kawasan penanaman jagung) pihak berkuasa telah menubuhkan kem pemindahan untuk 12,550 penduduk yang dipindahkan dari bandar Shulan. Penerimaan hujan direkodkan sebanyak 484.7 mm sejak tiga hari lalu.- REUTERS

(Kereta terjatuh dari jambatan runtuh akibat hujan dan banjir di Shangzhi/REUTERS)

Media Baharu