fb fb fb fb fb

Kapasiti ujian COVID-19 di Hong Kong ditingkatkan


HONG KONG, 21 Februari - Pihak berkuasa Wilayah Pentadbiran Khas China Hong Kong (HKSAR) sedang meningkatkan kapasiti ujian COVID-19 untuk memerangi gelombang kelima jangkitan wabak tersebut.

Pasukan kedua pakar dan pekerja kesihatan China tiba di Hong Kong Sabtu lalu bagi tujuan bekerjasama dalam memerangi wabak maut itu.

Pasukan itu terdiri daripada 114 ahli termasuk pakar perubatan penjagaan kritikal, kakitangan pentadbiran dan pekerja pensampelan.

Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam berkata, kepakaran pasukan itu memerangi wabak di China mampu membantu Hong Kong mendepani gelombang jangkitan.

HKSAR telah memperoleh lebih 100 juta kit ujian antigen pantas (RAT) dan akan diedarkan kepada kumpulan keutamaan serta penduduk tempatan di kawasan berisiko tinggi. - REUTERS

Media Baharu