fb fb fb fb fb

Pintu sempadan antarabangsa Australia di buka sepenuhnya


SYDNEY, 21 Februari - Australia telah membuka sepenuhnya sempadan antarabangsanya kepada pengembara yang telah lengkap vaksinasi.

Lebih 50 penerbangan antarabangsa akan tiba ke negara berkenaan sepanjang hari termasuk 27 penerbangan mendarat di Sydney.

Menteri pelancongan Dan Tehan berkata, industri pelancongan merupakan salah satu industri terbesar Australia dan menggaji hampir 5 peratus tenaga kerja negara berkenaan.

Tetapi sektor itu lumpuh selepas negara tersebut menutup sempadannya pada Mac 2020.

" Ia merupakan satu pesta di sini, bermain muzik, orang ramai senyum gembira. Mereka akan menari tidak lama lagi. Itu saya pasti," kata Dan Tehan di sini. - REUTERS

Media Baharu