fb fb fb fb fb

Kapal pertama muatan bijirin dari Ukraine, selamat tiba di Istanbul

(Foto REUTERS)

ISTANBUL, 15 Ogos- Kapal pertama yang membawa bijirin dari Ukraine, selamat tiba di Istanbul, pada Ahad.

Perkara tersebut disahkan Pusat Koordinasi Bersama di Istanbul.

Kapal Sormovskiy membawa 3,050 tan metrik gandum menerusi Laut Hitam, berlepas dari perlabuhan Chornomorsk Jumaat lalu.

Kapal dengan bendera Belize itu adalah yang pertama membawa bijirin dari Ukraine melalui Laut Hitam sejak pencerobohan Rusia.

Sebanyak 18 buah kapal, telah berlepas dari Ukraine sejak dua minggu lalu.

Ia susulan perjanjian yang dipersetujui Rusia untuk menyambung semula eksport gandum dari Ukraine, setelah hampir lima bulan terkandas susulan pencerobohan Moscow.

Perjanjian itu, yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama Turki, dimeterai bulan lalu di tengah-tengah kebimbangan bahawa kehilangan bekalan bijirin Ukraine akan membawa kepada kekurangan bekalan makanan yang teruk dan juga kebuluran.-REUTERS


Kapal Sormovskiy 121 dilihat berlepas dari pelabuhan Chornomorsk selamat tiba di Istanbul, selepas memulakan semula eksport bijirin/REUTERS)

Media Baharu