fb fb fb fb fb

Kapal China, Filipina bertembung di perairan Laut China Selatan

Foto fail AFP

BEIJING, 19 Ogos- Kapal Pengawal Pantai China dan Filipina bertembung di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Jurucakap Pengawal Pantai China Gan Yu berkata sebuah kapal Filipina sengaja berlanggar dengan kapal China pada awal pagi tadi.

"Kapal Pengawal Pantai Filipina secara haram memasuki perairan berhampiran Terumbu Xianbin di Kepulauan Nansha tanpa kebenaran daripada Kerajaan China," kata Gan, menggunakan nama China untuk Terumbu Sabina dan Kepulauan Spratly.

Katanya, Pengawal Pantai China mengambil langkah kawalan terhadap kapal Filipina mengikut undang-undang.

Dalam pada itu, Pasukan Petugas Kebangsaan Manila di Laut Filipina Barat berkata, dua kapal pengawal pantainya rosak akibat bertembung dengan kapal China yang melakukan gerakan yang menyalahi undang-undang dan agresif berhampiran Terumbu Sabina.

China menuntut Terumbu Sabina, yang terletak 140 kilometer (86 batu) barat pulau Palawan Filipina.

Manila dan Beijing telah menempatkan kapal pengawal pantai di sekitar terumbu dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan Filipina bimbang China akan membina pulau buatan di sana.- AFP

ROSLINA BINTI DIN