fb fb fb fb fb

Kapal angkasa Luna-25 Rusia terhempas di Bulan

(Foto diambil dari kamera kapal angkasa pendaratan lunar Luna-25 semasa 
penerbangannya ke bulan /REUTERS)

MOSCOW, 20 Ogos- Kapal angkasa Luna-25, misi Bulan pertama Rusia dalam hampir 50 tahun, terhempas di Bulan selepas mengalami masalah prapendaratan, kata agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos.

Komunikasi dengan Luna-25 terputus pada 2.57 petang (1157 GMT) hari Sabtu, kata Roscosmos.

Menurut penemuan awal, alat pendarat kapal angkasa itu musnah berikutan perlanggaran dengan permukaan Bulan.

"Langkah-langkah yang diambil pada 19 dan 20 Ogos untuk mengesan kapal itu dan menghubunginya tidak berjaya," tambah agensi angkasa lepas itu.

Penyiasatan peringkat menteri akan dilancarkan mengenai punca nahas.

Dengan Luna-25, Moscow berharap untuk membina legasi program Luna era Sovietnya, menandakan kembalinya kepada penerokaan bulan bebas.

Kapal angkas seberat 800 kilogram itu sepatutnya melakukan pendaratan lembut pada hari Isnin di kutub selatan bulan yang pertama dalam sejarah. -AFP

(Kapal angkasa Luna-25 Rusia terhempas di Bulan/AFP)

 

Media Baharu