fb fb fb fb fb

Kapal angkasa India Chandraayan-3 berjaya mendarat di bulan

(FOTO AFP)

BENGALURU, 24 Ogos - Kapal angkasa India, Chandraayan-3 menjadi kapal pertama berjaya mendarat di bahagian kutub selatan bulan pada Rabu.

Kejayaan tersebut menjadikan India sebagai negara keempat di dunia yang berjaya melakukan penerokaan angkasa lepas sebaris dengan Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia.

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang kini berada di Afrika Selatan bagi menghadiri persidangan BRICS, menonton pendaratan bersejarah dan menganggap pendaratan tersebut merupakan pencapaian agung dan sentiasa terphat dalam sejarah negara berkenaan.

" Ini merupakan detik-detik yang sukar dilupakan. Ini merupakan mercu tanda buat Inda baharu", katanya yang menyaksikan pendaratan berkenaan menerusi video.

Sementara itu kejayaan pendaratan Chandraayan-3 disambut dengan pelukan dan tepukan gemuruh oleh para saintis dan pegawai-pegawai terlibat. Manakala rakyat di seluruh India menyambut kejayaan tersebut dengan menari di jalan-jalan utama serta percikan bunga api.

Pengarah Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), S.Somanath pula menganggap India kini sebaris dengan kuasa-kuasa besar dunia dalam penyelidikan angkasa lepas.

ISRO turut berkongsi gambar dari kapal angkasa yang menunjukkan permukaan bulan dan bayang-bayang pendaratan oleh angkasawan Chandraayan-3.

Bentuk muka bumi bulan yang kasar menyukarkan pendaratan di kutub selatan, namun, ais di kutub tersebut mampu membekalkan bahan api, oksigen dan air minuman untuk misi masa depan.

Dalam pada itu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada India dalam mesejnya kepada Presiden India yang dimuatnaik di laman sesawang Kremlin.

“Ini adalah satu langkah besar ke hadapan dalam penerokaan angkasa lepas dan sudah tentu bukti kemajuan mengagumkan yang dicapai oleh India dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.-REUTERS

Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada India dalam mesej kepada Modi yang diterbitkan di laman web Kremlin.

“Ini adalah satu langkah besar ke hadapan dalam penerokaan angkasa lepas dan sudah tentu bukti kemajuan mengagumkan yang dicapai oleh India dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.-Reuters


(Sebahagian rakyat India yang meraikan kejayaan pendaratan Chandraayan-3 di 
bulan/FOTO REUTERS)

Media Baharu