fb fb fb fb fb

Kanak-kanak Gaza terus jadi sasaran tentera Israel

Ramai kanak-kanak maut dalam serangan terbaharu Israel ke atas Kem Pelarian Al-Shati

GAZA, 13 Julai - Kanak-kanak di Palestin terus menjadi mangsa kerakusan tentera Zionis.

Dalam serangan udara terbaharu Israel ke atas Kem Pelarian Al-Shati di barat Gaza pada Sabtu, kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada kanak-kanak

Mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Al-Shifa.

Sejak 7 Oktober 2023, tentera Israel terus menolak gesaan gencatan senjata antarabangsa dan meneruskan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Gaza.

Lebih 57,800 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Pengeboman tanpa henti telah memusnahkan wilayah itu, menyebabkan kekurangan makanan dan penularan penyakit.

Pada November tahun lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan ke atas wilayah berkenaan.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN