fb fb fb fb fb

Kanak-kanak ditahan, tembak mati ahli keluarga

Foto fail/AFP

LOS ANGELES, 21 Februari- Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditahan polis berhubung kematian ahli keluarga yang ditembak di kepala, kata pihak berkuasa.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke Tooele, di negeri Midwestern Utah Jumaat lalu dan menemui seorang lelaki berusia 32 tahun cedera parah.

"Dia mengalami kecederaan seperti luka tembak di kepala," kata Pegawai, Jabatan Polis Bandar Tooele, Colbey Bentley.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital di Salt Lake City berhampiran, bagaimanapun meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

“Siasatan itu membawa kepada penahanan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, yang merupakan ahli keluarga lelaki berusia 32 tahun itu,” kata Bentley kepada AFP.

Kanak-kanak itu telah ditahan pada Jumaat lalu.

"Kami sedang meneliti kemungkinan pertuduhan membunuh," kata Bentley.

Senjata api meragut puluhan ribu nyawa setiap tahun di Amerika Syarikat, sebuah negara yang mempunyai lebih banyak senjata daripada manusia.

Tinjauan berulang kali menunjukkan majoriti rakyat Amerika menyokong kepada peraturan yang lebih ketat mengenai pemilikan senjata.-AFP

ROSLINA BINTI DIN