fb fb fb fb fb

Kanada bawa pulang 41 diplomat dari India

(FOTO AFP)

TORONTO, 20 Oktober - Kanada telah membawa pulang 41 diplomat negara itu dari India selepas New Delhi memutuskan untuk membatalkan kekebalan diplomatik mereka, kata Menteri Luar Kanada pada Khamis berhubung pembunuhan seorang pemisah Sikh di Kanada.

India menuduh Kanada melindungi pemisah dan “pengganas,” namun menolak dakwaan penglibatannya dalam pembunuhan itu sebagai “tidak masuk akal” dan telah mengambil langkah diplomatik untuk menyatakan kemarahannya atas tuduhan tersebut.

rtm
(FOTO AFP)

Menteri Luar Kanada, Melanie Joly berkata 41 daripada 62 diplomat Kanada di India telah dihantar pulang bersama keluarga mereka.

Katanya, pengecualian telah dibuat bagi 21 diplomat Kanada yang akan kekal di India.

Joly berkata menghapuskan kekebalan diplomatik bukan sahaja tidak pernah berlaku sebelum ini malah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan atas sebab itu katanya, Kanada tidak akan mengancam untuk melakukan perkara yang sama dengan diplomat India.

“Pembatalan unilateral keistimewaan dan imuniti diplomatik adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan jelas melanggar Konvensyen Geneva mengenai hubungan diplomatik. Mengugut untuk berbuat demikian adalah tidak munasabah dan meruncing,” kata Joly.-AFP

Media Baharu