GAZA, 29 Jun- Sekurang-kurangnya 37,834 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel, sejak konflik Israel-Hamas bermula Oktober lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Kesihatan Gaza.
Jumlah korban termasuk sekurang-kurangnya 69 kematian yang dilaporkan dalam tempoh 48 jam lalu.
Serangan Israel turut menyebabkan 86,858 penduduk Palestin mengalami kecederaan.
Dalam pada itu, puluhan ribu orang melarikan diri ke utara, selatan Gaza apabila operasi darat Israel meningkat di wilayah terkepung itu.
Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 80,000 penduduk Palestin telah melarikan diri, dari kawasan kejiranan Shuja'iyya di Kota Gaza.
Beribu-ribu orang juga melarikan diri daripada operasi ketenteraan Israel di al-Mawasi, selatan Gaza.
Mereka tiada lagi tempat untuk berlindung. Rumah mereka musnah akibat pengeboman tanpa henti.-AFP