MANILA, 28 Julai- Sebuah bot penumpang yang lebih muatan terbalik di tasik Filipina telah mengorbankan 26 orang, kata pengawal pantai pada Jumaat. Ketika pencarian masih diteruskan bagi mencari mereka yang masih hilang.
Perahu kayu itu membawa kira-kira 70 individu dari sebuah pelabuhan di perbandaran Binangonan ke pulau Talim di tasik Laguna yang berhampiran ibu negara Manila pada Khamis.
Angin kencang mencetuskan panik dalam kalangan penumpang yang bergerak ke satu sisi kapal dan menyebabkannya terbalik pada Khamis, kata pengawal pantai. Bagaimanapun kapasiti maksimum bot ialah 42 orang.
Orang ramai yang berada di pantai menyaksikan kejadian ngeri itu berlaku. Pasukan penyelamat turut mencari mangsa di dalam air yang keruh.
Rakaman video operasi yang dikongsi oleh pengawal pantai menunjukkan seorang lelaki berdiri di atas badan perahu menjerit, "Terdapat ramai orang di sini", ketika perahu itu cuba dipusingkan.
Berdasarkan angka rasmi yang dikeluarkan pada Khamis, 40 orang terselamat dalam kejadian itu, namun tiga masih hilang.
Ketika ditemui televisyen tempatan, jurucakap pengawal pantai Laksamana Muda Armando Balilo berkata, mereka sedang menjalankan operasi "mencari dan menyelamatkan mangsa."
"Kami telah mengerahkan penyelam untuk memeriksa bahagian bawah (bot) sekiranya ada orang terperangkap di sana," kata Balilo.
Pengawal pantai dan polis sedang menyiasat punca kemalangan, yang berlaku selepas beberapa jam Taufan Doksuri melanda utara Filipina.
"Kapten kapal itu berkata, hanya terdapat 22 penumpang tetapi dia kemudian mengaku membenarkan lebih ramai penumpang naik apabila disoal oleh pengawal pantai," kata Balilo.
Jurucakap itu berkata Sebelum ini kapal itu mempunyai kebenaran untuk belayar, kata jurucakap yang ditemui.
Bot telah diarah untuk tidak ke laut berikutan amaran angin ribut ketika taufan yang melanda selain mengakibatkan beribu-ribu orang terkandas di pelabuhan.
Orang ramai memuatkan keranda mangsa ke atas bot untuk dibawa ke upacara pengebumian.- AFP
(Tangkap layar rakaman video oleh Pengawal Pantai Filipina/AFP)