fb fb fb fb fb

Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 54,607 orang

Foto fail/ REUTERS

GAZA, 5 Jun- Jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada 54,607 orang, dengan 125,341 yang lain cedera sejak tercetusnya konflik antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober 2023.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 97 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan 440 lagi mengalami kecederaan, dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Israel di pelbagai kawasan di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sementara itu, di Tebing Barat, kumpulan pendatang haram Israel dilaporkan melancarkan serangan ke atas perkampungan Deir Dibwan yang terletak di kawasan Ramallah, pada hari yang sama.

Menurut laporan, para pendatang tersebut membakar kenderaan dan bangunan serta membaling batu ke arah penduduk tempatan, menyebabkan 10 rakyat Palestin cedera.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN