fb fb fb fb fb

Jemaah haji mula laksana wukuf di Arafah

Foto REUTERS

ARAB SAUDI, 5 Jun– Jemaah haji mula membanjiri Arafah sejak awal pagi tadi bagi menunaikan wukuf; kemuncak bagi rukun haji.

Jemaah dijangka berada di Arafah sehingga waktu Maghrib sebelum bergerak ke Muzdalifah bagi melaksanakan ibadah melontar yang akan bermula esok; menandakan sambutan Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi.

Menurut jemaah dari Senegal, Zainab Loo, pengalaman berada di Arafah merupakan sesuatu yang luar biasa dan penuh makna.

"Pengalaman berada di Arafah sangat menguja dan sukar digambarkan dengan kata-kata," katanya kepada REUTERS di sini.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM