fb fb fb fb fb

10 maut dalam serangan terbaharu Israel

Foto Hiasan

GAZA, 5 Jun- Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel pada Khamis, menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza.

Jurucakap agensi berkenaan, Mahmud Bassal, memaklumkan kepada AFP bahawa serangan bermula sejak subuh dan menyasarkan kawasan perlindungan penduduk yang dipindahkan di bandar Khan Yunis, serta beberapa kediaman di Gaza dan Deir el-Balah.

Israel sehingga ke hari ini terus meningkatkan serangan terhadap Gaza.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM