fb fb fb fb fb

Israel terus halang bantuan masuk Gaza

Foto REUTERS

NEW YORK, 5 Jun–Israel terus menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric, berkata pihaknya bersama rakan kongsi masih menghantar bekalan bantuan ke lintasan Kerem Shalom untuk diperiksa oleh pihak berkuasa Israel sebelum dibenarkan memasuki Gaza.

"Hari ini, kami mengemukakan lebih 130 permohonan trak untuk semakan akhir oleh pihak Israel, namun hanya 50 buah kesemuanya membawa tepung dibenarkan melepasi lintasan Kerem Shalom,” katanya di sini.

Sejak lintasan itu dibuka semula hampir sebulan lalu, kurang daripada 400 trak bantuan berjaya memasuki Gaza.

Pada Selasa lalu, enam daripada 13 permohonan penghantaran bantuan PBB ditolak, termasuk bekalan bahan api yang sangat diperlukan.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan memberi amaran, tanpa akses segera kepada bahan api, perkhidmatan penting agensi itu di Gaza berisiko ditutup sepenuhnya. – REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM